Polisi Privasi

Kemas Kini Terakhir: 20, June, 2022

Polisi Privasi Kao Malaysia

Kami, Kao (Malaysia) Sdn Bhd ("Kao Malaysia", "kita" atau "kami"), menggunakan dan memproses maklumat peribadi yang dikumpulkan atau diberi oleh pelanggan, rakan kongsi perniagaan kami dan semua pihak yang berurusan dengan kami (secara bersama, "Pelanggan" atau "anda") untuk pelbagai tujuan, termasuk perkembangan dan promosi produk serta perkhidmatan yang lebih baik untuk memuaskan hati pelanggan kami.

Istilah "maklumat peribadi" mempunyai maksud yang sama seperti "data peribadi" yang diterangkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") yang merangkumi nama, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, tarikh lahir, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan maklumat lain yang boleh mengenal pasti Pelanggan. Istilah "guna" dan "proses" mempunyai maksud yang sama seperti "memproses" yang diterangkan dalam PDPA yang bermaksud, selain daripada yang lain, mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, dll. Kao Malaysia mengiktiraf bahawa menguruskan dan melindungi maklumat peribadi dengan baik adalah tanggungjawab yang penting dan diperlukan untuk mengekalkan kepercayaan Pelanggan yang memberi maklumat peribadi mereka kepada kami. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Kao Malaysia mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkenaan perlindungan maklumat peribadi ("Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi") dan berusaha untuk menguruskan serta melindungi maklumat peribadi dengan baik menurut Polisi ini.

1. Jenis-jenis Maklumat Peribadi

Kami akan mengumpulkan, menggunakan, menyimpan dan memindahkan pelbagai jenis maklumat peribadi tentang anda. Berikut adalah contoh-contoh maklumat peribadi yang akan kami kumpulkan:

  • Data Identiti atau Hubungan termasuk nama, gambar, alamat surat-menyurat atau penghantaran, alamat e-mel, nombor telefon, nombor kad ID, nama pengguna anda, atau pengenal pasti lain yang sama atau maklumat hubungan.

  • Maklumat Kewangan termasuk alamat pengebilan anda dan maklumat berkaitan bayaran yang lain.

  • Data Transaksi termasuk butiran tentang bayaran kepada dan daripada anda serta lain-lain butiran tentang produk yang anda beli daripada kami atau butiran lain tentang transaksi anda dengan kami.

  • Data Teknikal termasuk alamat protokol internet (IP), data log masuk anda, jenis dan versi pelayar, tetapan zon masa, lokasi, jenis dan versi pasang masuk, sistem dan platform operasi, dan teknologi lain pada peranti yang anda gunakan untuk mengakses laman web, aplikasi kami atau produk yang berkaitan.

  • Data Profil termasuk nama pengguna dan kata kunci anda, pembelian atau pesanan yang dibuat oleh anda, minat, pilihan, maklum balas, usia, jantina, ulasan produk, respons tinjauan anda, maklumat tentang pengalaman anda dengan produk kami, pilihan kenalan, dan maklumat lain yang sama.

  • Data Penggunaan termasuk maklumat tentang bagaimana anda menggunakan laman web kami dan produk serta perkhidmatan kami dan maklum balas anda terhadap pengalaman anda dengan laman web, produk atau perkhidmatan kami.

  • Data Pemasaran dan Komunikasi termasuk pilihan anda dalam menerima pemasaran daripada kami dan pilihan komunikasi anda.

2. Penggunaan Data Peribadi

Kao Malaysia akan menggunakan maklumat peribadi anda hanya untuk tujuan yang dinyatakan kepada anda pada masa maklumat tersebut dikumpulkan dan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini ("Skop Penggunaan"), dan tidak akan menggunakan maklumat tersebut untuk sebarang tujuan lain melainkan anda telah memberi kebenaran atau semasa ia dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang.

Tertakluk kepada undang-undang berkaitan, Kao Malaysia akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • (a) perkembangan dan promosi produk dan perkhidmatan yang lebih baik;

  • (b) untuk membolehkan ia memberi tugas dan tanggungjawabnya di bawah mana-mana undang-undang berkaitan, termasuk undang-undang dan peraturan anti-pengubahan wang haram;

  • (c) untuk membolehkannya menjalankan tanggungjawab berkontrak;

  • (d) untuk memberi anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan Kao Malaysia;

  • (e) untuk menyelenggara dan mengemas kini rekod anda; dan

  • (f) untuk sebarang tujuan lain yang berkaitan atau berhubungan atau berlanjutan dengan tujuan-tujuan di atas.

Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan ke suatu tempat di luar Malaysia.

Maklumat peribadi anda dikumpulkan daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat yang telah diberikan oleh anda atau seseorang yang bertindak bagi pihak anda, maklumat daripada pihak ketiga atau maklumat dalam domain awam.

Pemberian maklumat peribadi anda adalah tidak diperlukan dari segi tanggungjawab mengikut undang-undang atau berkontrak. Pemberian maklumat peribadi anda adalah secara sukarela. Jika anda tidak bersetuju untuk memberi maklumat peribadi anda kepada Kao Malaysia menurut polisi ini, Kao Malaysia mungkin tidak dapat mematuhi tanggungjawab berkontrak terhadap anda dan selain itu, Kao Malaysia tidak dapat menjalankan perkhidmatannya kepada anda dengan berkesan.

3. Pengurusan dan Perlindungan yang Baik terhadap Maklumat Peribadi

Kao Malaysia telah melaksanakan langkah-langkah berikut untuk menguruskan dan melindungi maklumat peribadi anda dengan baik:

  • Penubuhan organisasi untuk mempromosi dan memastikan perlindungan semua maklumat peribadi yang disimpan oleh Kao Malaysia; secara keseluruhannya, dan pelantikan pengawal maklumat peribadi dalam setiap Syarikat Kumpulan Kao yang menguruskan maklumat peribadi;

  • Penubuhan peraturan dalaman syarikat berdasarkan undang-undang perlindungan maklumat peribadi dan panduan-panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan tentang pengendalian maklumat peribadi;

  • Melatih pekerja dan pihak lain yang berkaitan untuk memastikan bahawa mereka memahami kepentingan perlindungan maklumat peribadi serta mengetahui semua peraturan dan garis panduan berkaitan dengan baik;

  • Penguatkuasaan sekatan yang bersesuaian ke atas akses terhadap maklumat peribadi; dan

  • Perlaksanaan langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian dan munasabah untuk mencegah akses yang tidak dibenarkan, atau kebocoran, kerosakan atau pengubahan maklumat peribadi.

4. Pemberian atau Pendedahan kepada Pihak Ketiga

Kao Malaysia tidak akan memberi atau mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga kecuali dalam kes-kes berikut:

  • Kebenaran telah diperoleh daripada anda terlebih dahulu;

  • Pendedahan adalah diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang atau atas perintah mahkamah;

  • Maklumat yang diberi atau didedahkan kepada penyedia perkhidmatan (termasuk pegawai, pekerja dan ejennya) adalah menurut Skop Penggunaan (sila lihat Perkara 5 di bawah);

  • Dalam kes penggunaan yang dikongsi antara rakan sekutu; dan

  • Maklumat peribadi yang diberi adalah berkaitan dengan penggantian perniagaan akibat penggabungan, pengasingan syarikat atau lain-lain.

Walaupun dengan perkara di atas dan tertakluk kepada undang-undang berkaitan, Kao Malaysia: boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada:

  • (a) syarikat subsidiari, syarikat pemegang, syarikat atau rakan sekutu yang berkaitan (istilah "syarikat yang berkaitan" didefinisikan dalam Akta Syarikat 2016) Kao Malaysia sama ada pada masa sekarang atau masa hadapan;

  • (b) Badan berkuasa kerajaan atau pengawal selia Malaysia atau badan berkuasa kerajaan atau pengawal selia asing;

  • (c) Bank Negara Malaysia dan mana-mana badan berkuasa lain seperti yang diperlukan oleh mana-mana daripadanya dari semasa ke semasa; dan/atau

  • (d) mana-mana individu yang dianggap sesuai oleh Kao Malaysia;

walaupun mana-mana individu tersebut mungkin berada di luar Malaysia, untuk sebarang tujuan di atas atau sebarang tujuan lain di mana maklumat peribadi anda telah didedahkan pada masa pengumpulannya.

5. Kawalan Penyedia Perkhidmatan

Kao Malaysia kadangkala mengkonsainkan pengendalian maklumat peribadi kepada penyedia perkhidmatan luaran. Hanya penyedia perkhidmatan yang telah disahkan mempunyai kemampuan untuk mengendalikan maklumat peribadi dengan baik dipilih. Tambahan itu, Kao Malaysia memberi dan mendedahkan maklumat peribadi kepada penyedia perkhidmatan tersebut dengan ketat menurut Skop Penggunaan, dan memerlukan mereka mengendalikan maklumat peribadi secara baik dengan kontrak bertulis atau kaedah yang sama, serta mengesahkan pematuhan mereka dari semasa ke semasa.

6. Tempoh Simpanan

Data peribadi anda akan disimpan selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan pemprosesan yang diterangkan di atas. Apabila proses pemprosesan telah selesai atau jika anda menamatkan hubungan dengan kami, kami akan mengeluarkan maklumat peribadi anda daripada sistem dan rekod kami untuk mengambil langkah-langkah bagi menjadikannya tidak diketahui dengan baik supaya anda tidak lagi boleh dikenal pasti daripadanya (melainkan kami perlu menyimpan maklumat anda untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang atau kawal selia di mana perlu dilakukan oleh kumpulan syarikat).

Kami juga akan menyimpan maklumat peribadi anda jika maklumat peribadi anda diperlukan untuk mematuhi sebarang undang-undang berkaitan atau jika kami memerlukan maklumat peribadi anda untuk menubuhkan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang, atas dasar perlu mengetahui sahaja. Setakat mana yang boleh, kami akan menyekat pemprosesan maklumat peribadi anda untuk tujuan terhad tersebut.

7. Hak-hak Anda

Hak untuk menarik balik kebenaran: Jika anda telah mengisytiharkan kebenaran anda berkaitan sesetengah pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan maklumat peribadi (secara khususnya, berkaitan penerimaan komunikasi pemasaran secara terus melalui e-mel), anda boleh menarik balik kebenaran ini pada bila-bila masa yang tidak diketahui. Penarikan tersebut tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan sebelum penarikan kebenaran, sila hubungi kami untuk menarik balik kebenaran anda.

Hak untuk mengakses maklumat peribadi anda: Anda berhak untuk mendapatkan pengesahan daripada kami untuk memastikan sama ada maklumat peribadi berkaitan anda sedang diproses atau tidak, dan, jika perkara ini berlaku, untuk memohon akses terhadap maklumat peribadi. Maklumat akses ini termasuk – antara lain – tujuan pemprosesan kategori maklumat peribadi berkenaan, dan penerima atau kategori penerima di mana maklumat peribadi telah atau akan didedahkan. Namun begitu, ini bukannya hak mutlak dan kepentingan individu lain mungkin menghalang hak pengaksesan anda. Anda berhak untuk memperoleh Salinan maklumat peribadi yang sedang diproses secara percuma. Untuk salinan selanjutnya yang diminta oleh anda, kami akan mengenakan bayaran sepatutnya berdasarkan kos pentadbiran.

Hak untuk memohon pembetulan: Anda berhak untuk memperoleh pembetulan maklumat peribadi tentang anda yang tidak tepat daripada kami. Bergantung pada tujuan pemprosesan, anda berhak untuk melengkapkan maklumat peribadi yang tidak lengkap, termasuk melalui cara memberi penyataan tambahan.

Hak untuk memohon pemadaman (hak untuk dilupakan): Di bawah sesetengah keadaan, anda berhak untuk memperoleh pemadaman maklumat peribadi berkaitan anda daripada kami dan kami perlu mematuhi untuk memadam maklumat peribadi tersebut.

Hak untuk penyekatan pemprosesan: Di bawah sesetengah keadaan, anda berhak untuk memperoleh penyekatan pemprosesan maklumat peribadi berkaitan anda daripada kami. Dalam kes sebegini, data tersebut akan ditanda dan hanya akan diproses oleh kami untuk sesetengah tujuan.

Hak untuk memohon kebolehbawaan: Di bawah sesetengah keadaan, anda berhak untuk menerima maklumat peribadi berkaitan anda, yang telah anda berikan kepada kami, dalam format berstruktur, sering digunakan dan boleh dibaca oleh mesin serta anda berhak untuk memindahkan data tersebut kepada entiti lain tanpa halangan daripada kami.

Hak untuk membantah: Di bawah sesetengah keadaan, anda berhak untuk membantah, atas sebab berkaitan situasi tertentu anda, pada bila-bila masa, untuk memproses maklumat peribadi anda oleh kami dan kami tidak boleh memproses maklumat peribadi anda lagi. Hak untuk membantah ini secara khususnya diguna pakai jika kami mengumpulkan dan memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan penghasilan profil bagi memahami minat anda dalam produk dan perkhidmatan kami dengan lebih baik atau untuk pemasaran terus. Jika anda berhak untuk membantah dan menggunakan hak ini, maklumat peribadi anda tidak akan lagi diproses untuk tujuan sebegitu oleh kami. Anda boleh menggunakan hak ini dengan menghubungi kami seperti yang tercatat di bawah. Secara khususnya, hak tersebut tidak wujud jika pemprosesan maklumat peribadi anda adalah perlu untuk mengambil langkah lebih awal untuk memasuki kontrak atau menjalankan kontrak yang telah diputuskan.

Apabila Kao Malaysia menerima mana-mana daripada permintaan di atas daripada anda, selepas mengesahkan identiti anda, Kao Malaysia akan mematuhi permintaan tersebut, melainkan terdapat asas yang munasabah untuk menolaknya.

Pelanggan boleh menghubungi kami pada butiran seperti berikut:

Orang untuk dihubungi: En. Roger Koh
Alamat surat-menyurat: Tingkat 20 Menara AmFIRST, No 1, Jalan 19/3,
46300 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 603-7957 4488
No. Faks: 603-7957 4487
Alamat e-mel: kaocare@kao.com.my

Bagi melaksanakan hak anda, sila hubungi kami seperti di atas. Anda juga berhak untuk menulis aduan dengan badan berkuasa penyelia perlindungan data yang kompeten.

8. Respons terhadap Komen dan Aduan Berkenaan Pengendalian Maklumat Peribadi

Kami akan berusaha sepenuhnya untuk menguruskan sebarang komen atau aduan berkenaan penggunaan kami terhadap maklumat peribadi anda dengan cepat dan bersesuaian. Anda boleh menghubungi kami pada butiran hubungan yang diberi dalam Perkara 7 di atas.

9. Kuki

Kao Malaysia menggunakan kuki pada laman webnya untuk menambah baik laman web, termasuk meningkatkan maklumat dan perkhidmatan yang diberi dan menjadikan laman web lebih mudah untuk digunakan, untuk mengesahkan ketulenan keahlian bagi log masuk, menyesuaikan kandungan perkhidmatan atau mengedarkan pengiklanan berdasarkan sejarah pelayaran. Kuki adalah fail elektronik yang dipindahkan daripada laman web tertentu kepada pelayar yang sedang melihat laman tersebut, yang boleh diperoleh semula pada kemudian waktu untuk membezakan komputer pengguna.

Anda boleh menyahaktifkan kuki dalam tetapan pelayar anda. Dengan mengubah suai, memadam atau menyahaktifkan perkhidmatan beberapa kuki, termasuk perkhidmatan yang memerlukan log masuk akan menyebabkan anda tidak dapat menggunakannya.

10. Kebenaran

Dengan memberi maklumat peribadi anda kepada kami, anda memberi kebenaran untuk memproses maklumat peribadi berkaitan Polisi ini.

Seterusnya anda mengesahkan bahawa anda telah memperoleh kebenaran daripada orang di mana maklumat peribadinya mungkin diberi kepada kami oleh anda atau telah dikenal pasti daripada maklumat peribadi anda yang mungkin diproses oleh kami untuk tujuan yang dicatatkan di dalam ini termasuk pendedahan kepada pihak yang dicatatkan di dalam Polisi ini.

11. Semakan dan Penambahbaikan Pengendalian Maklumat Peribadi

Polisi ini akan disemak dari semasa ke semasa seperti yang diperlukan untuk memaparkan penambahbaikan langkah-langkah perlindungan maklumat peribadi kami yang berterusan dan untuk merangkumi sebarang perubahan terhadap undang-undang perlindungan maklumat peribadi. Oleh sebab itu, Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang perubahan terhadap Polisi ini akan dimuat naik dalam laman web kami dan, melainkan anda menghubungi kami (butiran untuk dihubungi yang diberi dalam Perkara 7 di atas), anda akan dianggap telah menerima perubahan tersebut. Oleh itu, anda digalakkan untuk melawat laman web kami dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa anda menyedari polisi terkini kami berkaitan perlindungan maklumat peribadi.

12. Polisi Privasi Kanak-kanak

Jika anda adalah kanak-kanak pada usia yang memerlukan kebenaran ibu bapa atau penjaga anda, anda harus menyemak terma Polisi Privasi ini bersama dengan ibu bapa atau penjaga anda untuk memastikan anda memahami dan menerimanya. Jika kami mendapati bahawa kami telah mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga mereka, kami akan memadam maklumat peribadi tersebut secepat mungkin. Dari semasa ke semasa, kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan mengesahkan umur dan menguatkuasakan terma peruntukan ini.

Page Top